Dr. Samhan
Dr. Samhan

Dr. Samhan

Dr. Ahmad Samhan bin Awang merupakan seorang doktor pakar kesihatan lelaki, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif HIM Clinic yang merupakan platform telekesihatan beroperasi menyediakan rawatan yang privasi dan mudah diakses bagi lelaki yang mengalami masalah disfungsi ereksi (ED) dan ejakulasi pramatang (PE). Nama beliau mula bangkit dan dikenali di era pasca COVID-19 dan sangat dikenali di platform sosial media Tiktok.Dr. Samhan dilahirkan pada 5 Jun 1986 dan merupakan anak ketiga daripada tujuh orang adik-beradik. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Pasir Mas, Kelantan. Ibunya bekerja sebagai kerani manakala ayahnya seorang guru. Beliau dibesarkan dalam suasana kampung. Walaupun begitu, beliau memiliki cita-cita tinggi dan azam yang kuat untuk mengubah masa depan keluarganya.Kejayaan juga tidak datang dengan mudah. Beliau telah menempuhi pelbagai ujian, termasuk melawan penyakit Ameloblastoma atau ketumbuhan rahang pipi tujuh tahun lalu. Pengalaman menghadapi penyakit tersebut memperkuat semangat Dr. Samhan untuk membantu orang sekitarnya dengan kepakaran beliau dalam bidang kesihatan seksual lelaki.

Dr. Samhan

Pekerjaan Pengasas dan Ahli Lembaga Pengarah HIM Clinic, Public Figure
Pasangan Rushaida binti Zabidi
Kelahiran 5 Jun 1986

Rujukan

WikiPedia: Dr. Samhan https://www.forhimclinic.com/ https://ohbulan.com/dr-samhan-seronok-kongsi-ilmu-... https://www.bharian.com.my/bisnes/usahawan/2023/08... https://my.linkedin.com/in/dr-samhan-8b921262 https://relevan.com.my/2023/12/28/3-5-juta-lelaki-... https://relevan.com.my/2023/12/28/padam-tabu-kesih... https://www.sinarharian.com.my/article/275178/beri... https://www.astroawani.com/gaya-hidup/apa-perlu-bu... https://www.astroawani.com/gaya-hidup/tangani-pend... https://www.kosmo.com.my/2022/07/15/kencing-berdir...